Koperasi Muamalat Bersatu Terengganu Berhad (KMBTB) menyasarkan 30 syarikat industri kecil dan sederhana (IKS) akan menggunakan perkhidmatan di pusat pengilangan, pembungkusan dan penjenamaan industri hiliran miliknya sebelum akhir tahun ini.
Sehingga kini, 20 syarikat IKS dari seluruh Malaysia, terutama syarikat dari Johor telah menjadi pelanggan tetap di kilang milik KMBTM untuk menjadi pengeluar produk makanan dan minuman kesihatan syarikat-syarikat berkenaan.
Pengurus Pembangunan Kilang KMBTB Ahmad Zunaidi Muhamad berkata, berdasarkan prestasi semasa, pihaknya kini tidak menang tangan dengan permintaan dari banyak syarikat IKS yang meminta khidmat nasihat untuk pengeluaran produk kesihatan bagi tujuan komersil.
"Di sini, kami memberi jaminan penggunaan bahan mentahnya adalah sumber semula jadi yang kami perolehi dari pembekal yang telah diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), malah harga pengeluaran produk di sini adalah yang termurah di pasaran."
"Kesucian proses pembuatan produk di kilang ini juga telah mendapat pengiktirafan sijil halal dari Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) baru-baru ini," katanya di Kuala Teregganu kelmarin.
No comments:
Post a Comment