Tuesday, November 13, 2012

LPPTerengganu Sedia RM1 Juta Untuk Lahir Usahawan Peladang

Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Terengganu memperuntukkan RM1 juta untuk melahirkan usahawan peladang di kalangan anggotanya pada tahun depan.

Pengarah LPP Terengganu Shamsuddin Mat Rani berkata peruntukan itu meningkat hampir sekali ganda berbanding RM450,000 yang disediakan bagi tujuan yang sama tahun ini.


Kini terdapat 32,760 anggota LPP Terengganu dengan kebanyakan mereka berpendapatan bawah RM2,000 sebulan dan di bawah program usahawan peladang itu, diharapkan pendapatan mereka meningkat kepada RM3,000 sebulan, katanya.

Menerusi program usahawan peladang itu, katanya LPP telah berjaya melahirkan kira-kira 300 usahawan.

"Kita harap tahun depan lebih ramai ahli-ahli peladang di negeri ini akan mendapat manfaat daripada peruntukan tersebut, sekaligus melahirkan ramai usahawan," katanya.

No comments:

Post a Comment