Thursday, November 22, 2012

Maidam Terima Zakat MIDF Property Berhad

Menteri Besar menyaksikan penyerahan zakat oleh MIDF Property Berhad semalam - gambar Zulkifli Putra
Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) menerima bayaran zakat perniagaan daripada MIDF Property Berhad pada majlis yang berlangsung di Wisma Darul Iman, semalam.

Pengurus Besar MIDF Property Berhad, Mohd Yusoff Abdullah menyerahkan sejumlah RM150,000 kepada Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dalam satu majlis ringkas selepas mesyuarat Exco.

Mohd Yusoff berkata, zakat perniagaan yang diserahkan itu selepas mengambil kira keuntungan yang diperoleh MIDF Property Berhad sepanjang tahun 2011.

“MIDF Property Berhad yang merupakan anak syarikat Permodalan Nasional Berhad berharap dapat menyumbangkan jumlah zakat yang lebih besar pada masa akan datang untuk membantu golongan yang memerlukan,” ujarnya.

No comments:

Post a Comment