Wednesday, November 7, 2012

MARA Sasar 500 Usahawan Bumiputera Berstatus Jutawan Pada 2020

Majlis Amanah Rakyat (Mara) menyasarkan 500 usahawan bumiputera mencapai status jutawan menjelang 2020.

Timbalan Ketua Pengarah (Usahawan) Mara Datuk Mohd Rosdi Ismail berkata setakat ini 157 usahawan jutawan telah dihasilkan agensi itu menerusi pelbagai program yang dilaksana.

"Jutawan yang dimaksudkan ini ialah mereka yang memperolehi pendapatan tidak kurang RM2 juta setahun," katanya kepada pemberita selepas Karnival dan Pameran Produk Usahawan Daerah Marang, di Marang,semalam.
Mohd Rosdi berkata untuk tahun ini, Mara setakat September lepas telah mengeluarkan RM475 juta sebagai pinjaman modal kepada 5,375 usahawan di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, RM43.8 juta untuk pembiayaan 501 usahawan di Terengganu, katanya.

No comments:

Post a Comment