Mohd Yusof (kiri) menyampaikan zakat diskasikan Menteri Besar, kelmarin. |
Terengganu berdasarkan kepada faktor kemudahan logistik dan faktor sumber asal flora dan fauna selain hasil galian petroleum dan gas asli.
Pengurus Besarnya, Mohd Yusoff Abdullah berkata projek pembangunan di Lembah Perasing di Jabor merupakan antara projek yang sedang dalam perancangan MPB selain beberapa lagi projek di seluruh negara.
Katanya projek tersebut, yang dirancang berkonsepkan Taman Bio-teknologi, melibatkan tanah seluas kira-kira 125 hektar di Lembah Perasing.
"Lembah Perasing mempunyai faktor sokongan, antaranya lokasi yang strategik dan mempunyai kemudahan logistik yang baik untuk bahan mentah," katanya kepada pemberita di Kuala Terengganu.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis penyerahan bayaran zakat perniagaan MPB 2011 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) yang diwakili Pengarah Baitulmal Wan Harujan Sulaiman dan disaksikan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said di Kuala Terengganu, kelmarin.
No comments:
Post a Comment