Jemaah haji dari Pantai Timur yang menggunakan penerbangan terus dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) ke Jeddah/Madinah dijangka pulang ke tanah air pada 23 November ini (Jumaat).
Pesawat kedua membawa jemaah haji bagi penerbangan tersu itu dijadualkan mendarat di LTSM kira-kira jam 8.25 pagi.
Sebelum ini pesawat pertama yang membawa 447 jemaah haji dari Pantai Timur selamat tiba di lapangan terbang itu, kira-kira jam 9.05 pagi, pada 13 November lalu.
Sebahagian besar jemaah haji berkenaan adalah dari Terengganu manakala sebahagian lagi dari Pahang dan Kelantan. Ketibaan mereka disambut oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Muhamad Ramli Nuh dan petugas Tabung Haji.
Tahun ini merupakan tahun ke-5 bakal haji menggunakan LTSM bagi penerbangan terus ke Tanah Suci di mana seramai 11,000 orang telah menggunakan perkhidmatan yang disediakan.
No comments:
Post a Comment