Monday, November 5, 2012

Peserta China Dominasi Kenyir Cup Tawar Hadiah RM100,000

Peserta dari negara China mendominasi kejohanan memancing Kenyir Cup 2012 yang menawar hadiah keseluruhan bernilai RM100,000 bermula Ahad hingga Khamis ini di Sungai Leban dan Sungai Merah di Tasik Kenyir.

Mereka terdiri daripada 150 peserta manakala 50 lagi merupakan penduduk Terengganu sendiri. Kejohanan dianjurkan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah).


Pengurus Besar Ketengah, Wan Mat Amin Wan Daud berkata lapan orang peserta akan bertanding menggunakan rumah bot dengan menggunakan konsep tangkap dan lepas.

"Setiap rumah bot itu akan turut disertai seorang marsyal yang akan merekodkan berat, panjang dan spesis ikan bagi setiap tangkapan termasuk mengambil gambar ikan sebagai bukti.

No comments:

Post a Comment