Pusat Bahasa Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) sediakan program bahasa Inggeris bersempena dengan cuti sekolah untuk murid sekolah rendah dan menengah.
Penolong Pengurus Pusat Bahasa Terengganu, Puan Norrinal Othman berkata, program yang telah memasuki tahun ketiga itu menyediakan dua siri meliputi siri pertama pada18 hingga 29 November dan kedua bermula 2 hingga 13 Disember.
Menurutnya, ia terbuka kepada empat kelas, iaitu dua kelas bagi murid sekolah rendah dan dua kelas untuk sekolah menengah, iaitu tujuh hingga sembilan tahun satu kelas, (10 hingga 12 tahun), (13 dan 14) serta 15 dan 16 tahun satu kelas.
“Penyertaan masih dibuka. Setakat ini, kita membuka hanya satu kelas bagi tiap-tiap ketegori, namun jika mendapat sambutan kita bersedia untuk tambah kelas. Setiap kelas hanya dihadkan kepada 30 orang murid kerana lebih praktikal.
“Tenaga pengajar adalah pensyarah jemputan yang berpengalaman dan juga pernah bekerjasama dengan kita sebelum ini,” katanya.
Menurutnya, kelas bermula pada jam 8.30 pagi hingga 1 tengahari turut menyediakan makan, sijil dan yuran pula adalah berpatutan dengan manfaat diperolehi dalam kelas hampir dua minggu itu.
Katanya, biasanya kelas yang mendapat sambutan adalah bagi murid tahun satu hingga tahun tiga.
“Tidak dinafikan mereka yang pernah mengikuti program sama sebelum ini meneruskannya sebagai program susulan untuk tahap seterusnya bagi memenuhi aktiviti cuti sekolah,” katanya.
Teganukita
No comments:
Post a Comment