Tuesday, November 13, 2012
Rakyat Malaysia Perlu 'Makan Lebih Buah'
Rakyat negara ini hanya makan buah-buahan antara 45 kilogram (kg) hingga 55 kg setahun berbanding negara maju, lebih 100kg setahun,” kata Ketua Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama), Datuk Ahmad Ishak, semalam.
Beliau berkata, data itu diperoleh melalui satu kajian yang dibuat ke atas penduduk di negara ini baru-baru ini.
Sehubungan itu, beliau berkata, Fama selaku agensi pemasaran akan menggandakan kempen secara berterusan bagi menggalakkan orang ramai makan buah-buahan, khususnya tempatan.
“Kempen lebihkan makan buah-buahan khususnya tempatan adalah agenda utama kami. Ini kerana di Malaysia kita masih rendah (makan buah-buahan) berbanding negara maju.
“Sebab itu kempen untuk galakkan makan buah-buah tempatan khususnya kepada generasi muda perlu sentiasa dibuat, malah ia boleh dibuat dalam pelbagai bentuk seperti jus dan makanan,” katanya , semalam.
No comments:
Post a Comment