Oleh Teganuku
Tahap prestasi pengurusan kewangan sangat baik diperoleh oleh Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu dan Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu untuk tiga tahun berturut-turut iaitu pada tahun 2009 hingga 2011.
Pada tahun 2011, daripada 17 jabatan dan agensi kerajaan yang dilaksanakan Pengauditan Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti, sebanyak 16 Jabatan/Agensi Negeri telah dilaksanakan sekurang-kurangnya dua kali atau lebih bagi tempoh 2007 hingga 2011.
Pejabat Perbendaharaan Negeri dan Pejabat Tanah Kemaman juga memperoleh tahap prestasi sangat baik pada tahun 2011.
Pejabat Perbendaharaan Negeri telah mencapai tahap baik sejak tahun 2008 sehingga 2010 begitu juga Pejabat Tanah Kemaman pada tahun 2008.
Bagi 12 Jabatan/Agensi Negeri yang lain walaupun tahap prestasi kekal di tahap baik namun terdapat peningkatan markah di dalam elemen kawalan yang berkaitan.
Secara umumnya, pengurusan Aset, inventori dan stor di jabatan dan agensi negeri banyak mempengaruhi tahap pencapaian dalam pengurusan kewangan.
Kerana itu Jabatan Audit mencadangkan agar penumpuan yang khusus mengenai pengurusan aset dan stor harus dititikberatkan untuk Jabatan/Agensi Negeri bagi mencapai tahap sangat baik dalam pengurusan kewangan.
Kelemahan ketara berlaku dalam aspek peraturan penerimaan, urusan pendaftaran, penggunaan aset serta pemeriksaan aset dan stor/pengiraan stok/verifikasi stok. Kedudukan tahap prestasi pengurusan kewangan Jabatan/Agensi Negeri diaudit setiap tahun dan 13 Jabatan/Agensi Negeri yang lain bagi tempoh 2007 hingga 2011.
Sungguhpun prestasi pengurusan kewangan di peringkat Jabatan/Agensi Negeri bagi tahun 2011 menunjukkan peningkatan, namun bagi memantapkan lagi prestasi pengurusan kewangan ini, adalah disyorkan supaya Jabatan/Agensi Negeri mengambil tindakan terhadap beberapa perkara untuk mengatasi kelemahan berkenaan.
No comments:
Post a Comment