Thursday, November 15, 2012

Terengganu Mahu Dapatkan Jurulatih Renang China

Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) bercadang mendapatkan khidmat dua jurulatih dari China untuk melatih para perenang dan penerjun negeri, kata Timbalan Pengarah MSNT, Ibni Amin Busu.

Beliau berkata, setakat ini pihaknya masih dalam proses berurusan dengan pihak di sana untuk tujuan tersebut.

"Kita perlukan seorang jurulatih renang dan seorang jurulatih terjun secepat mungkin," katanya di Kuala Terengganu semalam.


 Ibni Amin berkata, pengambilan jurulatih China bertujuan untuk membentuk pasukan renang Terengganu secara bersistematik dan teratur selain membantu program pembangunan renangnya. Pihak China akan menyediakan kumpulan jurulatihnya untuk dinilai dan dipilih oleh MSNT dalam masa terdekat, katanya.

No comments:

Post a Comment