Imbas Kembali...Muhd Hasyim dan bapanya menemui Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said 1 Ogos lalu. |
Ketua Penolong Pengarah Tajaan Pelajar YT Mohd Razali Mahmud berkata Muhamad Hasyim Che Ngah, 21, telah membuat pengakuan dan rayuan mengenai penglibatan beliau dalam perhimpunan itu.
"Jadi bagi menentukan nasibnya, kita bawa kesnya ke mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Terengganu yang bersidang pada 8 Oktober lalu.
"Lembaga itu dalam keputusannya bersetuju untuk menyambung semula pinjaman pelajar berkenaan setelah ditamatkan apabila dia didapati terlibat dalam himpunan berkenaan tahun lepas," katanya semalam.
Muhamad Hasyim, 21, pelajar tahun tiga jurusan perubatan Universiti Al-Azhar adalah antara sembilan pelajar anak Terengganu yang terlibat dengan perhimpunan itu sebelum masing-masing ditamatkan pinjamannya tahun lepas.
Beliau adalah salah seorang daripada sembilan pelajar yang terlibat, telah menemui Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said pada 1 Ogos lepas dan membuat pengakuan serta merayu agar pinjamannya disambung semula.
Mohd Razali berkata semasa pinjamannya diberhentikan pada Mac lalu, Muhamad Hasyim telah membelanjakan sebanyak RM170,000 daripada RM301,144 yang diluluskan YT sebelum itu.
Katanya kini pelajar berkenaan meneruskan pengajian enam tahunnya di bidang perubatan di universiti berkenaan.
No comments:
Post a Comment