Monday, December 3, 2012

12 Pasukan Sertai Bola Sepak Juara-jJuara B-12 Di Kuala Terengganu

Sebelas pasukan dari Malaysia dan satu dari Indonesia akan berentap di Kejohanan Bola Sepak Antara Juara-Juara Bawah 12 tahun selama sembilan hari, di Kuala Terengganu,  bermula semalam.

Setiausaha pengelola kejohanan, Mat Noor Bidin berkata kejohanan ini adalah di bawah program pembangunan bola sepak negara dalam rangka persediaan menghadapi Kejohanan Belia Dunia Bawah 17 dan 19 tahun pada 2019.

“Kita kena ada pasukan dari sekarang untuk menghadapi kejohanan belia dunia itu nanti,” katanya.

Kejohanan itu juga adalah untuk mengenal pasti pemain yang bakal menyarung jersi negara pada kejohanan dunia itu nanti. Indonesia diwakili pasukan Petriot Medan manakala pasukan lain adalah pasukan juara pelbagai kejohanan di peringkat negeri atau kebangsaan tahun ini.

Pasukan terbabit ialah Mykid Perlis, juara Borneo Sabah, Koddo Melaka, Mykit Kuala Lumpur, Mykid Terengganu, 1M Cardif City CIMB-YFA Kuala Lumpur, Fist Touch Pahang, Mykid Kedah, MSST Terengganu (juara bola sepak MSSM), projek 2019 (bawah umur 10 tahun) dan Yayasan Negeri Sembilan.

Juara akan menerima hadiah wang tunai RM10,000, naib juara RM7,000 dan tempat ketiga RM5,000 serta tempat keempat RM2,500.

No comments:

Post a Comment