Saturday, December 15, 2012

AGDB Labur RM500,000 Dalam Bidang Kolam Memancing

yarikat AGDB Venture Sdn Bhd melabur RM500,000 dalam projek kolam memancing ikan air tawar setelah melihat potensi projek itu di negeri ini.

Pengarah Urusannya, Muhd Rumzi Abdullah berkata daripada jumlah itu, RM100,000 diperoleh melalui pinjaman daripada Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) negeri dan Agro Bank.

"Kira-kira RM400,000 lagi adalah hasil pendapatan dari keuntungan projek," katanya kepada pemberita selepas majlis kesyukuran sempena anugerah siswazah pertandingan industri asas tani Maha-MPPNK di Kuala Terengganu, kelmarin.

Setakat ini, Muhd Rumzi berkata syarikat itu mempunyai tiga kolam, dua daripadanya merupakan kolam memancing manakala satu lagi kolam ternakan dan pembenihan anak ikan.

Spesis utama ternakan pada masa ini ialah ikan patin, baung, talapia dan keli, dengan pelaburan setiap buah kolam sekitar RM150,000 hingga RM200,000.

No comments:

Post a Comment