Wednesday, December 26, 2012
Amanat Hadi - Presiden Pas Perlu Beri Respons
Presiden Pas, Datuk Abdul Hadi Awang diminta untuk memberikan jawapan balas terhadap isu Amanat Haji Hadi yang dilihat antara paling panas kebelakangan ini.
Pensyarah Fakulti Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan Universiti Islam Antarabangsa, Prof. Emeritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi Ab Majid berkata, ia perlu bagi memenuhi tuntutan masyarakat selaras dengan prinsip Islam
“Kita minta supaya Haji Hadi respons kepada tuntutan masyarakat, supaya dia boleh membetulkan balik apa yang salah, itu prinsip Islam.
“Kalau kita buat sesuatu yang salah, kita kena betulkan balik, dalam parti, dia dulu katanya tak boleh nak buat hubungan dengan orang kafir. kemudian bila dia nak buat dengan DAP, dia kata tahaluh, jadi sekarang ini dia kena betulkan, jangan hanya menyelamatkan parti sahaja,” katanya ketika mengulas isu Amanat Haji Hadi yang terus diperkatakan.
Beliau yang juga Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) berkata demikian kepada media ketika menghadiri Majlis Perasmian Sambutan 100 Tahu Penubuhan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) di Kota Bharu semalam.
Ditanya pandangan beliau mengenai amanat itu, Mahmood Zuhdi berkata, ia sudah difatwakan Kelantan sebagai tidak betul.
Bagaimanapun menurutnya, dalam menerima dan mengamalkan sesuatu masyarakat lebih melihat kepada siapa yang memperkatakannya.
“Oleh kerana dia pemimpin parti, maka parti akan ikut begitulah, tetapi disebabkan sudah nyata bahawa Pas sendiri melanggar amanat itu, dengan adanya kerjasama dengan DAP, maka dia kena baikilah,”katanya.
Beliau berkata, jika parti diperbetulkan masyarakat juga patut diambil tindakan sama.
“Yang penting dia respons, jangan duduk diam begitu, tak boleh orang lain respons bagi pihak dia...dia kena sendiri sebab dia Presiden,” katanya
Sinar Harian
No comments:
Post a Comment