Tajul Ariffin (kanan) bersama jawatankuasa pemantau melawat pusat pemindahan di Kampung Padang Tapong dekat Jertih. |
Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Tajul Ariffin Mohamad berkata, sepasukan pegawai terdiri daripada wakil beberapa agensi peringkat negeri dan daerah pergi ke setiap daerah untuk untuk meninjau pusat pemindahan bermasalah.
Menurutnya, secara puratanya di setiap kawasan Dun yang terlibat banjir, sebanyak dua hingga empat pusat pemindahan dilawati, bergantung kepada masalah kecil dihadapi.
“Pasukan tersebut terdiri daripada Pejabat Daerah, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pejabat Pembangunan Daerah dan Negeri (ICU) serta MKN,” katanya
Sinar Harian
No comments:
Post a Comment