Sunday, December 30, 2012

Banjir Di Terengganu Pulih, Hanya 662 Di Pusat Penempatan

Seorang penduduk melihat keadaan tebing sebuah jambatan kecil menuju ke Kampng Durian Telur, Hulu Besut, Terengganu, yang terhakis akibat banjir yang melanda daerah Besut Ahad lalu.
 Akibat hakisan pada kedua belah tebing jambatan tersebut, penduduk tidak dapat menggunakan kenderaan untuk ke pekan Jerteh malah terpaksa berjalan kaki ke pekan Pasir Akar terlebih dahulu bagi mendapatkan kenderaan.
(Kemaskini) Keadaan banjir di Terengganu dan Kelantan beransur pulih dengan keseluruhan mangsa di kedua-dua negeri itu menurun kepada 913 orang setakat 5 petang ini berbanding 3,171 pagi ini.

Menurut portal banjir negeri, dua daerah yang masih menghadapi banjir ialah Dungun dengan jumlah mangsa seramai 543 orang dan Kuala Terengganu 119 orang.

Menurut portal itu, satu daripada tujuh daerah yang mengalami banjir telah pulih dengan daerah terbaru Kemaman apabila mangsa banjir di daerah itu dibenarkan pulang tengah hari, Ahad.

Sementara itu, enam pusat penempatan masih beroperasi iaitu Dungun (lima) dan Kuala Terengganu (satu).

Jumlah korban banjir masih lagi enam orang di Terengganu sehingga petang ini.


Beberapa penduduk mula menjemur perabot dan peralatan rumah mereka apabila cuaca kembali cerah di Bandar Baru Bukit Mentok, Kemaman, semalam.


Bagaimanapun, Jabatan Meteorologi Malaysia semalam, mengeluarkan nasihat peringkat kuning kemungkinan berlaku gelombang kedua banjir.

Jurucakapnya berkata, nasihat itu dikeluarkan berikutan jangkaan hujan sederhana hari ini dan esok di Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah dan Perlis.

"Buat masa ini, nasihat peringkat kuning dikeluarkan tetapi akan dipertingkatkan kepada amaran iaitu jingga dan merah jika merbahaya," katanya ketika dihubungi.

Beberapa penduduk mengangkat beg dan beras sumbangan Yayasan DiRaja Sultan Mizan (YDSM) untuk mangsa banjir yang masih berada di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Balai Besar, Dungun semalam.YDSM menyampaikan sumbangan beras dan bahan keperluan lain kepada mangsa banjir di seluruh daerah Dungun.

Justeru, katanya, penduduk yang tinggal di kawasan rendah dan tepi sungai diminta berwaspada.

No comments:

Post a Comment