Saturday, December 15, 2012
Bank Rakyat Buka Cawangan Baru Termasuk Di Kerteh
Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat), membuka cawangan ke-137 di Putatan Sabah pada Rabu, yang merupakan cawangan ke-12 di Sabah.
Pada tahun ini, Bank Rakyat telah membuka dua cawangan baharu di Kerteh, Terengganu dan Kota Marudu, Sabah serta bercadang untuk membuka tiga cawangan, iaitu di Cyberjaya, Desa Sri Hartamas, dan Nusajaya, Johor.
Bank itu, yang menawarkan pelbagai produk dan kemudahan pelanggan perbankan Islam, kini menjalankan Kempen Simpan & Menang, yang menawarkan hadiah terkumpul bernilai RM716,000 dan Kempen Mega Langgan & Menang yang turut menawarkan hadiah lumayan seperti sebuah Proton Preve.
Para pelanggan yang berminat untuk mendapat maklumat lanjut mengenai kempen dan produk terkini boleh mendapatkannya dengan melayari www.bankrakyat.com.my, atau menghubungi tele-RAKYAT 1-300-88-1BANK (12265) atau kunjungi Facebook atau Twitter/myBankRakyat.
Bank Rakyat mencatatkan prestasi memberangsangkan bagi sembilan bulan pertama berakhir 30 September 2012 dengan meraih keuntungan sebelum cukai dan zakat RM1.62 bilion, meningkat 8.1 peratus berbanding RM1.5 bilion bagi tempoh sama tahun lalu.
No comments:
Post a Comment