Saturday, December 22, 2012

Berdepan 14 Tahun Penjara Kerana Rompak Guru Wanita

Mohd Aswadi didakwa melakukan rompakan yang melibatkan nilai kerugian keseluruhan RM600 di Mahkamah Majistret, kelmarin.
Seorang lelaki berdepan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan denda atau sebat jika disabitkan kesalahan selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di Kuala Terengganu kelmarin atas dakwaan merompak seorang wanita pada November lalu.

Bagaimanapun, tertuduh, Mohd Aswadi Mohd Zam, 29, dari Kampung Rhu Batil, Kuala Dungun, Dungun, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan terhadap dakwaan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana merompak itu.

Mohd Aswadi mengaku tidak bersalah melakukan rompak iaitu sebuah beg galas mengandungi satu kad pengenalan diri; buku ASB; kad ATM; slip BRIM; dua buah telefon bimbit serta serangkai kunci kedai dengan kerugian RM600.

Dia mengaku tidak bersalah melakukan kesalahan itu terhadap Noorosliza Wati Johari, 30, di tepi jalan menghala ke Sekolah Kebangsaan Pusat Dungun, Dungun, kira-kira jam 10.30 malam, pada 19 November lalu.

Sejurus pengakuan tidak bersalah Mohd Aswadi direkodkan, Noradila menetapkan 22 Januari ini sebagai tarikh sebutan semula kes di Mahkamah Sesyen, di sini, dan membenarkan dia diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin.

Sinar Harian

No comments:

Post a Comment