Penyeragaman dokumentasi perjanjian pinjaman perumahan akan dapat memberi mekanisme perlindungan kepada peminjam, kata Setiausaha Agung Gabung Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Datuk Paul Selvaraj.
Beliau berkata, penggunaan bahasa yang mudah dalam dokumen mampu meningkatkan kefahaman peminjam berbanding bahasa peguam yang diguna pakai sebelum ini yang menimbulkan masalah kepada pembeli rumah.
"Biasanya pengguna jarang baca perjanjian kerana bahasanya yang kompleks selain dokumen perjanjian tebal seperti buku kamus dan bila dibaca jarang kita memahami kandungannya.
"Ada terma yang kita faham sekalipun agak susah nak minta pihak bank tukar (terma). Apabila diseragamkan ia akan memberi perlindungan asas sebagai jaminan bahawa kepentingan kita (peminjam) dijaga," katanya.
Beliau mengulas pengumuman Bank Negara Malaysia dua hari lepas menghendaki institusi perbankan menerima pakai dokumentasi standard bagi perjanjian pinjaman perumahan konvensional dan pembiayaan rumah jumlah pokok RM500,000 ke bawah, mulai 1 Januari ini.
No comments:
Post a Comment