Saturday, December 1, 2012
Dua Lelaki Rompak Pelajar Malaysia di London Bebas
Dua lelaki yang dipenjarakan kerana merompak pelajar warga Malaysia semasa rusuhan di London pada tahun lalu dibebaskan, semalam.
John Kassongs Kafunda, 23, dari Ilford, timur London dan Reece Donovan, 25, didakwa merompak Ashraf Rossli, 21, selepas mereka berpura-pura mahu membantunya yang cedera akibat diserang di Barking, timur London, Ogos tahun lalu.
Susulan daripada insiden yang turut dikecam masyarakat antarabangsa itu, Kafunda dijatuhi hukuman penjara 51 bulan manakala Donovon dikenakan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan merompak dan melakukan tindakan ganas.
Bagaimanapun, mahkamah memutuskan untuk membatalkan dakwaan tersebut selepas hakim menerima rayuan mereka dalam satu perbicaraan tertutup di Mahkamah Wood Green Crown, lapor MailOnline
No comments:
Post a Comment