Tuesday, December 18, 2012

eKasih Rekodkan 53,034 Miskin Tegar Setakat 31 Oktober

Seramai 53,034 ketua isi rumah (KIR) masih direkodkan sebagai miskin tegar di dalam sistem eKasih sehingga 31 Okt lepas, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk S. K. Devamany.

Beliau berkata, antara langkah yang diambil kerajaan untuk mencapai status miskin tegar sifar menjelang 2020 ialah melalui Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang diperkenalkan pada 2010.

"Antara kejayaan besar yang dicapai program GTP ini ialah mengeluarkan lebih 44,000 isi rumah daripada kategori miskin tegar pada 2010,” katanya menjawab soalan Senator Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman pada persidangan Dewan Negara semalam.

Sistem eKasih ialah sistem pangkalan data keluarga miskin yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan.

No comments:

Post a Comment