Tuesday, December 4, 2012

Imej Kesalahan Rakaman Kamera AES Berkurangan

Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) mencatat penurunan bilangan imej kesalahan yang dirakam kamera di 14 lokasi awal pemasangannya, Dewan Negara dimaklumkan semalam.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri berkata, penurunan itu sekaligus membuktikan penguatkuasaan secara elektronik dapat mendidik pengguna jalan raya untuk mematuhi peraturan lalu lintas walaupun dalam jangka masa singkat pelaksanaannya.

"Sebagai contoh di kilometer 301 Kajang PLUS Expressway, rakaman imej kesalahan telah menurun sebanyak 77.25 peratus sepanjang tempoh dari 1 Oktober hingga 16 November 2012," katanya ketika menjawab soalan Senator Datuk Abdul Rahman Bakar berhubung keberkesanan pelaksanaan AES pada persidangan Dewan Negara di Kuala Lumpur, semalam.

Beliau berkata, berdasarkan pemerhatian dan perangkaan Jabatan Pengangkutan Jalan turut mendapati pengguna jalan raya kini lebih cenderung untuk menggunakan lorong kiri berbanding lorong kanan yang lebih laju.

No comments:

Post a Comment