Tuesday, December 18, 2012

JPJ Negeri Mungkin Tambah Bilangan Kamera AES


Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri tidak menolak kemungkinan menambah bilangan kamera sistem penguatkuasaan automatik (AES) di negeri ini berbanding jumlah asal yang diperuntukkan bagi 49 lokasi.

Pegawai Perhubungan Awamnya, Wan Rosni Wan Ab. Rahman ketika mengesahkan perkara itu berkata, penambahan itu akan dilakukan sekiranya fasa pertama penggunaan sistem tersebut di beberapa lokasi di sekitar Putrajaya, Selangor dan Perak ketika ini mencapai matlamat.

Setakat ini katanya, kesemua 14 AES di wilayah-wilayah berkenaan yang terdiri daripada 10 AES untuk had laju dan empat bagi lampu isyarat telah menampakkan keberhasilan dari segi penurunan kadar kemalangan.

''49 lokasi di negeri ini melibatkan 29 untuk pemasangan AES bagi had laju dan 20 lokasi lagi bagi lampu isyarat,'' katanya di Kuala Terengganu semalam.

No comments:

Post a Comment