Thursday, December 13, 2012

KAFA - Terengganu Catat 8A Paling Ramai, Terus Unggul Atasi Melaka, Sabah


Jumlah tertinggi mendapat 8A ialah Terengganu iaitu sebanyak 21.69 peratus, diikuti Melaka 21.50 peratus dan Sabah sebanyak 18.34 peratus...berdasarkan Gred Purata Sekolah (GPS), Selangor muncul negeri terbaik dengan 1.55 mata, diikuti Melaka (1.59 mata) dan Terengganu (1.64 mata)."
 - Datuk Seri Jamil Khir Baharom

Tiga belas buah negeri mencatatkan keputusan lulus seratus peratus dalam peperiksaan Ujian Penulisan Kelas Kafa (UPKK) 2012 berbanding 12 buah negeri pada tahun lepas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata hanya Wilayah Persekutuan mencapai keputusan 99 peratus lulus.

"Secara keseluruhan, 24,962 calon mendapat 8A berbanding 17,684 pada 2011.

Jumlah tertinggi mendapat 8A ialah Terengganu iaitu sebanyak 21.69 peratus, diikuti Melaka 21.50 peratus dan Sabah sebanyak 18.34 peratus," katanya kepada pemberita pada majlis pengumuman keputusan peperiksaan itu di Kuala Lumpur semalam.

Katanya bagi kelulusan mengikut mata pelajaran pula, subjek Amali Solat mencatat kadar kelulusan tertinggi iaitu 99.93 peratus diikuti Penghayatan Cara Hidup Islam 99.91 peratus manakala bidang al-Quran 98.47 peratus.

Jamil Khir berkata berdasarkan Gred Purata Sekolah (GPS), Selangor muncul negeri terbaik dengan 1.55 mata, diikuti Melaka (1.59 mata) dan Terengganu (1.64 mata).

Seramai 186,966 calon menduduki peperiksaan UPKK 2012 yang diadakan dari 1 hingga 4 Okt lepas. .

No comments:

Post a Comment