"Kita menerima surat dari syarikat Lundin Oil (syarikat carigali yang
berpangkalan di Sweden) yang melaksanakan kerja-kerja carigali di
kawasan berkenaan (dengan kerjasama Petronas Carigali) mengesahkan
bahawa ia adalah di kawasan perairan Terengganu...Dengan penemuan rizab tambahan ini, Terengganu dijangka memperoleh
tambahan royalti sebanyak RM100 juta setahun atau bergantung kepada
anggaran pengeluaran." - Datuk Seri Ahmad Said
Kawasan medan minyak yang baru di Blok PM307 Bertam di luar pantai Semenanjung antara Terengganu dan Pahang adalah milik Terengganu.


Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (PAS-Batu Buruk) yang ingin tahu status hak milik kerajaan Terengganu ke atas medan minyak berkenaan dan kedudukan terakhir tuntutan royalti minyak dari Petronas dan kerajaan pusat pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu ke 12 Penggal Kelima di Kuala Terengganu, semalam.
“Dengan penemuan rizab tambahan ini, Terengganu dijangka memperoleh tambahan royalti sebanyak RM100 juta setahun atau bergantung kepada anggaran pengeluaran.
“Kita mensasarkan jumlah pengeluaran minyak di kawasan itu nanti berjumlah antara 17,000 hingga 20,000 tong sehari apabila pengeluaran bermula pada suku ketiga 2014 nanti,” katanya.

“Sebaliknya hanya Lundin Oil yang mengesahkan ia berada di kawasan Terengganu.
“Ada pihak yang menyatakan ia berada di kawasan Pahang, itu mungkin silap faham kerana kawasan Medan Bertam PM307 hanya di sempadan Pahang dan lokasi sebenar adalah perairan Terengganu,” katanya.
Ketika menjawab soalan Syed Azman sebelum itu, beliau berkata kerajaan Pusat akan membayar balik sepenuhnya tuntutan royalti minyak kepada Terengganu pada Mac tahun depan tanpa sebarang potongan.
“Kita menarik balik saman terhadap Petronas kerana pihak itu bersetuju memenuhi tuntutan yang diminta,” katanya.
No comments:
Post a Comment