Pelumba pasukan TSG yang menyertai LTdL tahun lalu. Siapakah pula akan mewakili TSC tahun ini? |
"Penganjuran perlumbaan LTdL kali ini boleh dikatakan antara yang paling berkualiti dalam sejarah penganjurannya.
"Bagi edisi ke-18 kali ini, selaku penganjur, kita mementingkan kualiti pasukan yang dijemput untuk menyertainya. Dengan adanya lima pasukan Pro Team, tujuh pasukan Pro Continental, lapan pasukan Continental dan dua pasukan kebangsaan iaitu Malaysia dan Indonesia, perlumbaan edisi tahun depan pastinya amat sengit," katanya.
Tiga daripada lima pasukan Pro Team itu ialah Astana (Kazakhstan), Garmin-Sharp (Amerika Syarikat) dan Orica-GreenEdge (Australia), manakala dua lagi pasukan akan diumumkan dalam masa terdekat.
Emir berkata, lebih 50 peratus daripada pasukan yang akan mengambil bahagian adalah daripada kelompok 40 pasukan terbaik dunia.
Katanya, kehadiran lebih banyak pasukan Pro Team dan Pro Continental adalah petanda baik untuk perlumbaan tersebut terutama dari segi cabaran dan melonjak pretasi perlumbaan itu sendiri.
"Dengan adanya pasukan yang berkualiti, secara tidak langsung peminat-peminat sukan berbasikal di negara ini dapat menyaksikan perlumbaan yang sengit daripada pelumba-pelumba yang berkualiti," kata Emir.
"Itu dari segi pasukan, sementara dari sudut laluan perlumbaan pula kita kembali menyenaraikan pendakian di Cameron Highlands dan Genting Highlands di mana kedua-duanya adalah pendakian bertaraf HORS yang sememangnya menguji strategi pasukan untuk mendominasi perlumbaan," tambahnya.
Menurut Emir, walaupun pendakian di Cameron Highlands tidak sesukar mendaki Genting Highlands, ia sedikit sebanyak bakal mencabar mental dan fizikal pelumba termasuk prapendakian di Bukit Sumpitan di peringkat kedua perlumbaan.
Mengenai persiapan pihak penganjur, beliau berkata dari segi koordinasi, pihaknya sudah 90 peratus bersedia. "Kita sudah bersedia dan kini kita hanya menunggu peruntukan daripada pihak penaja untuk menggerakkan segala kerja," katanya.
Menurutnya, koordinasi dengan negeri-negeri yang terlibat juga sedang giat dilaksanakan.
"Perlumbaan LTdL 2013 akan menjelajah beberapa bandar baru termasuk Serdang (Kedah), Sungai Siput (Perak), Kapar (Selangor), Mentakab (Pahang), Dungun (Terengganu) dan Pasir Putih (Kelantan).
"Tuan rumah laluan baru ini begitu teruja untuk merasai suasana perlumbaan dan dalam masa yang sama menarik minat penduduk di sekitar kawasan tersebut," katanya.
Perlumbaan tahun depan akan kembali ke Pulau Langkawi, di mana majlis pengenalan pasukan serta praperlumbaan akan berlangsung di sana.
Edisi ke-18 yang akan diadakan pada 21 Feb hingga 2 Mac ini melibatkan 10 peringkat perlumbaan dengan jarak sejauh 1,427.6 kilometer bermula dengan peringkat pertama dari Kangar, Perlis ke Kulim, Kedah.
No comments:
Post a Comment