Sunday, December 2, 2012

Menang Pru-13 - Ahli UMNO Mesti Kuasai Media Sosial


Ahlia-ahli Umno perlu menguasai media sosial seiring dengan peredaran zaman bagi menarik sokongan golongan muda, kata Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam.

Beliau yang juga Perdana Menteri menekankan kepentingan menguasai media sosial itu sebagai medium mendekati golongan muda ketika berucap dalam sesi penggulungan Perhimpunan Agung Umno.

"Kita dengar dari rakyat, kita dengar dari orang muda kerana 20 peratus daripada pengundi akan datang, orang muda.

"Kita juga mesti menampakkan parti yang dinamik, sebab itu saya buat macam-macam cara... suruh duduk atas jalan raya saya duduk tengok bola... suruh saya naik motosikal pun saya naik," katanya.

Beliau juga memberitahu tentang akaun laman mikro, Twitter miliknya yang sudah mempunyai lebih sejuta pengikut.

"Twitter base saya pun boleh tahan, lebih sejuta, lebih daripada Lisa (Lisa Surihani) apa tu? Suriadi?Norisa? Saya pun tak berapa tahu nama in, " katanya.

No comments:

Post a Comment