MyKids KL dengan hadiah kemenangan selepas tumpaskan Terengganu 3-2. |
Selepas terikat 1-1 pada masa penuh, tiga pemain tuan rumah gagal menyempurnakan sepakan penalti sekali gus membantu pasukan Lembah Klang itu membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000, piala iringan dan piala pusingan kejohanan.
Tuan rumah memperoleh gol menerusi ketua pasukan, Arham Khussyairi Ab Wahab (m-8) sebelum KL menyamakan kedudukan 1-1, juga melalui ketua pasukan, Zainur Ariffin Ahmad Latifi, (m-85).
Pertahanan KL, Zainur Ariffin dinobat pemain terbaik kejohanan manakala Muhammad Azim Al-Amin Kamaruddin (penjaga gol terbaik kejohanan); Arham Khussyairi (pertahanan terbaik); dua pemain Mykids Perlis, Mohd Faiz Nazri (pemain tengah terbaik) dan Wan Mohd Fitri Wan Zalani (penyerang terbaik) dan penjaring terbanyak kejohanan, Mohd Nasip Mohd Zain (Sabah).
No comments:
Post a Comment