Saturday, December 22, 2012

Ombak besar - Nelayan Dinasihat Tidak Turun Ke Laut

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) tidak menggalakan nelayan kecil di negeri itu keluar ke laut memandangkan keadaan laut yang tidak mengizinkan ketika ini.

Pengarah LKIM Terengganu Mohd Saffe Mohd berkata peringatan tersebut telah dikeluarkan oleh LKIM kepada nelayan melalui persatuan nelayan masing-masing.

"Kita telah mengeluarkan notis berhubung perkara itu beberapa hari lepas dan kita harap semua nelayan akan mematuhinya," katanya.

Begitupun, katanya nelayan yang mahu ke laut juga dinasihat membawa jaket keselamatan dan keluar secara berkumpulan.

"Yang lebih penting lagi, mereka hendaklah memaklumkan kepada keluarga tentang destinasi tangkapan bagi memudahkan gerakan mencari sekiranya berlaku sesuatu kejadian yang tidak diingini," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata pendaratan ikan segar khususnya di Kuala Terengganu sejak kebelakangan ini berkurangan berikutan nelayan tidak dapat ke laut.

Beliau berkata bekalan ikan untuk pasaran di sini kini terpaksa diimport daripada negeri di sebelah utara dan Thailand.

Mohd Saffe bagaimanapun tidak dapat memberikan perbandingan angka ikan yang didaratkan dalam musim tengkujuh dan sebelumnya.

Beliau berkata keadaan cuaca di Terengganu sekarang tidak menentu sejak 21 Dis hingga 7 Jan tahun depan dengan ombak besar dan angin kencang.

No comments:

Post a Comment