Mutu perkhidmatan kutipan sampah oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini perlu dipantau kerana terdapat kontraktor yang dilantik PBT gagal menjalankan tanggungjawab mereka dengan berkesan.
Alias Abdullah (BN-Alor Limbat) berkata PBT juga perlu mengenakan denda kepada kontraktor yang gagal menyempurnakan tugas mereka kerana sampah yang tidak dikutip menimbulkan keadaan yang tidak selesa kepada penduduk.
"Kadang-kadang sampah di beberapa kawasan perumahan tidak dikutip selama tiga hari, malah sehingga seminggu...lebih teruk apabila terdapat lori sampah yang sudah rosak, sudah bocor hingga menyebabkan air dari timbunan sampah dalam lori mengalir di atas jalan," katanya dalam sesi perbahasan pada persidangan Dewan Undangan Negeri semalam.
Sempena penganjuran Tahun Melawat Terengganu (TMT 2013) tahun depan, isu kebersihan ini perlu diambil perhatian serius kerana kebersihan adalah antara faktor utama kedatangan pelancong ke sesebuah tempat, katanya.
Sementara itu, Nawi Mohamad (BN-Hulu Besut) meminta kerajaan negeri mempromosikan beberapa kawasan pelancongan iaitu Air Panas La dan Lata Tembakah sempena TMT 2013 dengan menaik taraf kemudahan di kawasan berkenaan.
No comments:
Post a Comment