Tuesday, December 18, 2012

Pejabat SUK Terima 24,724 Permohonan Rumah

Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) negeri bahagian perumahan menerima sebanyak 24,724 permohonan untuk menduduki rumah kos rendah di Terengganu sejak Januari 2008 hingga November lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, namun ramai pemohon didapati bukan daripada kalangan yang layak menerima kemudahan itu.

Katanya, hanya 15,008 pemohon telah dipanggil untuk temuduga dan seramai 2,449 didapati memenuhi kriteria yang ditetapkan bagi menduduki rumah berkenaan manakala selebihnya masih dalam semakan.

"Sebenarnya, tidak ada masalah untuk kita memenuhi permohonan itu kerana sebagaimana yang kita sedia maklum, sepanjang tempoh tersebut (Januari 2008 hingga November 2012), sebanyak 28 projek perumahan kos rendah dan rumah mampu milik telah dilaksanakan.

"Sehingga hari ini, sebanyak 4,701 unit rumah telah disiapkan dan boleh diduduki pada bila-bila masa," katanya. Katanya, pada tahun depan sebanyak RM72.50 juta diperuntukkan untuk meneruskan pembinaan rumah sedia ada di samping melaksanakan projek-projek baru.

“Sebahagian besar pemohon tidak layak menduduki rumah berkenaan dan memberi alasan tidak mampu kerana mempunyai pendapatan yang rendah.

Teganukita

No comments:

Post a Comment