Monday, December 3, 2012

Perdana Menteri Penerima Pertama Dai Soke


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bakal menjadi individu pertama di dunia menerima anugerah tertinggi seni pertahanan diri, Dai Soke atau Pendekar Agung.

Anugerah berkenaan dijadual disampaikan kepada pemimpin negara itu pada perhimpunan terbesar seluruh mahaguru dan grandmaster seni persilatan dan pertahanan diri dari 70 negara pada program dianjurkan Majlis Pendekar Malaysia (MPM) di ibu negara, Februari depan.

Perhimpunan pertama Presiden MPM, Mahaguru Tan Sri Omardin Mauju, berkata perhimpunan julung kali itu dianjurkan dengan kerjasama seluruh pertubuhan seni pertahanan diri dan persilatan dunia.
“Anugerah itu pengiktirafan tertinggi pertubuhan dan persatuan seni pertahanan diri dan persilatan dunia kepada pemimpin yang menunjukkan sikap dan perhatian amat dekat kepada seni berkenaan.

 “Perhimpunan Februari nanti tidak pernah berlaku pada peringkat dunia kerana pertubuhan dan persatuan seni pertahanan diri baik karate, taekwando atau apa saja yang berkaitan, ada ego dan kehebatan seni pertahanan diri masing-masing.

"Namun kita di Malaysia yang ada 51 pertubuhan serta persatuan seni pertahanan diri dengan kira-kira enam juta ahli, mampu bersatu di bawah payung MPM,” katanya selepas Mesyuarat Jawatankuasa Penaja MPM peringkat Terengganu, di Kuala Terengganu, malam kelmarin.

Hadir sama Yang Dipertua Persatuan Seni Silat Negeri Terengganu (PESILAT), Datuk Zubir Embong.

Pelancaran MPM Mengenai pelancaran MPM, Omardin yang juga pengasas Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM), berkata ia dijangka disempurnakan sebelum akhir bulan ini selepas empat lagi negeri iaitu Kedah, Perlis, Sabah dan Sarawak membentuk jawatankuasa penaja masing-masing.

Mesyuarat Jawatankuasa Penaja MPM Terengganu malam kelmarin melantik Pengerusi Pertubuhan Seni Kafi Warisan Malaysia Terengganu, Razlee Hassan sebagai pengerusi penajanya, manakala Yang Dipertua Persatuan Seni Silat Cemara Bugis Malaysia, Kapten (B) Norazlan Shah O’Brien sebagai timbalan.

No comments:

Post a Comment