Friday, December 7, 2012

Separuh Akhir Piala Suzuki - 'Cepat Beli Tiket, Nanti Habis'

Mohd. Khyril Muhymeen Zambri mahu ledak gol Thailand jika diberikan peluang
Beli cepat sebelum kehabisan. Itu pesanan Pengerusi Jawatankuasa Tiket Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk S Sivasundaram kepada penyokong skuad Harimau Malaya menjelang aksi separuh akhir pertama Piala Suzuki AFF menentang Thailand di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Ahad ini.

Sivasundaram berkata, tiket-tiket berharga RM40 dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak 12 tahun ke bawah itu mula dijual di kaunter Stadium Nasional dan juga Stadium Shah Alam pada hari ini, dari jam 9 pagi hingga 7 petang.

Selama dua hari iaitu hari ini (Jumaat) dan esok (Sabtu), tiket akan dijual di dua lokasi iaitu Stadium Nasional dan Stadium Shah Alam.

Safee Sali tetap jadi taruhan Malaysia.

Hanya jika masih ada baki tiket, ia akan dijual pada Ahad bermula 9 pagi tetapi di Stadium Nasional saja. Jumlah tiket yang dicetak ialah 85,000 keping.

Harap penyokong beli lebih awal kerana saya jangkakan permintaan cukup tinggi dan tidak mustahil tiket habis dijual menjelang Sabtu, kata Sivasundaram selepas meninjau persiapan akhir proses penyediaan tiket di Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam.

Bagi mengelak kekeliruan, Sivasundaram berkata, perlawanan separuh akhir pertama, Ahad ini akan bermula jam 8 malam, bukan seperti kebiasaan sebelum ini iaitu jam 8.45 malam.

No comments:

Post a Comment