![]() |
Sultan Mizan berkenan merasmikan kejohanan Piala Monsun 2012. |

Mereka telah menewaskan tujuh pasukan pencabar yang lain setelah berjaya mengumpul lima mata penmalti dalam tiga pusingan kejohanan berkenaan.
Manakala tempat kedua pula menjadi milik Ketua Pegawai Eksekutif Wilayah Pembangunan Ekonomi Pantai Timur (ECER) Datuk Issace John Jebasinggam bersama pasukan Black Swan Racing dengan mengumpul 10 mata penalti.
Turut bertanding dalam kejohanan pembuka tirai Piala Monsun itu ialah Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said dan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Terdahulu, Sultan Mizan bersama Sultanah Nur Zahirah berkenan merasmikan kejohanan Piala Monsun yang akan menyaksikan persaingan sengit 12 pasukan pelayar ternama dari seluruh dunia berentap merebut kejuaraan dan dinobatkan juara dunia di sini bermula pagi esok sehingga Sabtu ini.
Sementara itu, Ahmad Shabery berkata penganjuran sukan air ini mampu melahirkan serta mencungkil bakat lebih ramai bakat baru dalam sukan pelayaran bertaraf antarabangsa ini.
"Kita berbangga dengan penganjuran sukan ini dan kita yakin dengan penganjuran sukan pelayaran ini kita dapat melahirkan lebih ramai pelayar-pelayar muda yang opitimis dengan sukan berkenaan," katanya kepada pemberita selepas tamat kejohanan itu di Kuala Terengganu, semalam.
No comments:
Post a Comment