Tuesday, December 11, 2012

Terengganu Bentang Belanjawan Lebihan, Berjumlah RM1,995 Bilion


Kerajaan Terengganu semalam membentangkan Belanjawan 2013 dengan memperuntukkan RM1.995 bilion sebagai perbelanjaan mengurus dan RM1.076 bilion untuk pembangunan.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata kerajaan negeri menganggarkan kutipan hasil meningkat 2.84 peratus kepada RM2.005 bilion pada 2013 berbanding RM1.950 bilion pada tahun ini.

"Daripada anggaran hasil itu, 89.90 peratus diunjur diperoleh daripada sumber kerajaan pusat khususnya Dana Khas Kerajaan Persekutuan dan pemberian tahunan, dan baki 10.10 peratus daripada sumber negeri sendiri," katanya semasa membentangkan belanjawan itu pada persidangan dewan undangan negeri, di Kuala Terengganu semalam.



Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, yang membentangkan Bajet 2013 hari ini memberitahu sidang Dewan Undangan Negeri kerajaan menganggarkan akan memperolehi hasil sebanyak RM2.005 bilion atau peningkatan 2.84 peratus berbanding tahun 2012 (RM1.950 bilion).

Dengan mengambilkira jumlah hasil dan perbelanjaan mengurus RM1.995 bilion, Bajet 2013 menjurus kepada Belanjawan lebihan sebanyak RM10 juta di mana penyediaannya sangat tepat dan selari dengan usaha kerajaan untuk melaksanakan perbelanjaan secara berhemah dan komitmen untuk mengurangkan defisit terkumpul dalam Akaun Hasil Disatukan.

“Adalah menjadi harapan dan cita-cita kerajaan untuk menyediakan satu bajet yang akan meningkatkan taraf hidup rakyat, menjana pertumbuhan ekonomi negeri, melakukan perbelanjaan berhemah dan mengurangkan defisit,” katanya.

Menurut Ahmad Said , di bawah belanjawan kali ini, kerajaan negeri masih menumpukan kepada pelaksanaan program dan projek sambungan agar dapat disiapkan mengikut jadual seperti projek Lebuh Raya Pantai Timur Jabor-Kuala Terengganu.

Ini kerana katanya, 2013 merupakan tahun terakhir pelaksanaan Halatuju Pembangunan Negeri Terengganu (HPNT) yang bermula sejak 2009.

Beliau berkata kerajaan negeri memperuntukkan RM43 juta bagi menyifarkan kemiskinan tegar dan menurunkan kadar kemiskinan kepada satu peratus pada 2013, sekali gus meningkatkan kedudukan Terengganu dalam senarai kemiskinan.

"Berdasarkan ranking kemiskinan mengikut negeri di Malaysia sehingga November 2012, Terengganu menduduki tempat kelima bagi kemiskinan," katanya.

No comments:

Post a Comment