Kerajaan Terengganu akan memberi insentif masing-masing sebanyak RM20,000 kepada empat agensi di bawah kerajaan negeri yang menerima status 'empat bintang' daripada Jabatan Audit Negara atas kejayaan cemerlangan dalam pengurusan kewangan.

"Pengurusan kewangan jabatan-jabatan itu telah dinilai oleh Pejabat Audit Negara dengan memperoleh 90 markah ke atas yang merupakan pengurusan kewangan terbaik," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di Kuala Terengganu, semalam.
Ahmad Said berkata pada penilaian itu, terdapat 13 buah jabatan lagi yang memperoleh markah melebihi 80 peratus, dan beliau berharap jabatan berkenaan meningkat bagi penilaian pada masa depan.
Katanya terdapat lebih 100 buah jabatan kerajaan dan badan berkanun di negeri itu yang diharap mampu meningkatkan pengurusan kewangan mereka dengan baik untuk muncul sebagai jabatan yang memperoleh empat bintang.
No comments:
Post a Comment