Thursday, December 6, 2012

Terengganu Warta 91,000 Hektar Hutan Simpan Kekal



Kerajaan negeri Terengganu bersetuju mewartakan kawasan seluas 91,000 hekar sebagai hutan simpan kekal.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata keputusan itu menjadikan saiz keluasan kawasan hutan simpan kekal Terengganu meningkat kepada 146,000 hektar.

"Hutan simpan kekal seluas 91,000 hektar itu meliputi Gunung Tebu di Besut serta kawasan hutan di Dungun dan Hulu Terengganu," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat exco, di Kuala Terengganu.

Selain itu katanya, kerajaan negeri juga mengenal pasti kira-kira 60,000 hektar lagi sebagai kawasan hutan simpan kekal di bawah Program 'Carbon Credit'.

 Program 'Carbon Credit' ini bermaksud hutan untuk menyerap karbon daripada kilang dan di bawah program ini syarikat besar akan mengumpul dana yang kemudian diberi kepada kerajaan Terengganu sebagai ganti rugi hasil hutan tidak ditebang, katanya.

No comments:

Post a Comment