Thursday, December 6, 2012

Terengganu Yakin Jadi Juara Piala Emas Raja-Raja Tahun Ini


Terengganu yakin dapat merangkul kejuaraan bola sepak Piala Emas Raja-Raja 2012 buat kali kelima apabila menentang Kedah dalam perlawanan timbal balik separuh akhir pada 8 dan 15 Dis ini.

Keyakinan itu lebih terserlah apabila pasukan itu menumbangkan Pahang 5-0 pada perlawanan suku akhir di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di Kuala Terengganu, kelmarin.

Pengurus pasukan Mohamad Sekanther Abdul Hamid memberitahu Bernama di Kuala Terengganu, semalam bahawa kemenangan besar ke atas Pahang itu telah meningkatkan semangat pemain untuk menghadapi Kedah.

Dengan kemenangan itu, pasukan Terengganu akan beraksi menentang Kedah di peringkat separuh akhir pertama di Stadium Darul Aman, Kedah pada 8 Disember ini. Manakala pertandingan separuh akhir kedua akan berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada 15 Disember.

Beliau berkata Terengganu yakin akan dapat mengulangi sekali lagi kejayaan menjadi juara seperti yang pernah dicatat pada tahun 1970, 1977, 1978 dan 2001.

Walaupun kalah dalam pusingan sama di gelanggang lawan sebelum ini dengan jaringan 1-2, Terengganu bermain bermati-matian pada pusingan kedua di gelanggang sendiri dan mara ke peringkat separuh akhir dengan aggregat 6-2.

Satu lagi pertandingan separuh akhir menyaksikan kemaraan pasukan Selangor dan Perak yang akan berentap dalam dua pertandingan timbal balik di tempat masing-masing.

Terengganu pastinya akan beraksi dengan cemerlang untuk mara ke peringkat akhir, seterusnya bergelar juara Piala Emas Raja-Raja tahun ini.

No comments:

Post a Comment