Tuesday, January 29, 2013

Ahmad Said - PAS Temberang Tuduh BN Halau Melayu


Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk SeriAhmad Said meminta rakyat di negeri ini agar jangan percaya ‘temberang’ pemimpin pembangkang yang menuduh kerajaan Barisan Nasional (BN) halau orang Melayu daripada menghuni kawasan bandar.

“Rata-rata mereka yang sudah berpindah ke rumah baru bersyukur kerana dapat kediaman yang lebih selesa daripada dulu, hanya pemimpin Pas yang kata tidak bagus sebab mereka tidak tinggal di situ,”.




“Kerajaan bina rumah Ladang Gemilang dengan kos RM150,650 tetapi dijual dengan harga RM75,000 sahaja seunit kerana ingin memastikan semua golongan mampu memiliki rumah berkenaan,” katanya dalam sidang media selepas melawat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Padang Hiliran Chabang Tiga Kuala Terengganu semalam.

Katanya, kerajaan sudah beri subsidi lebih separuh kerana faham beban rakyat yang kebanyakkannya bekerja sendiri malah ada yang menduduki tanah haram namun mereka tidak dipinggirkan kerajaan.

“Saya tidak hairan pemimpin Pas memang tidak pernah mahu mengakui kebaikan kita, mereka sentiasa berusaha meracuni pemikiran rakyat supaya benci kerajaan BN,” katanya.

Katanya, pembinaan projek perumahan 31 tingkat di kawasan Tanjung dan Ladang Tok Pelam merupakan kejayaan besar kerajaan BN mengekalkan kawasan kependudukan orang Melayu dalam kawasan bandar serta menaikkan taraf kehidupan mereka.

Katanya, rakyat sekarang sudah bijak menilai siapa sebenarnya yang menjaga kebajikan mereka yang ambil cakna susah senang keluarga kalau bukan kerajaan BN.

No comments:

Post a Comment