"Besut dianggap sebagai benteng kuat untuk memastikan kemenangan BN di Terengganu pada pilihan raya umum ke-13...Dengan kekuatan yang ada pada semua pemimpin dan sokongan
padu ahli parti BN Besut, pembangkang tidak akan mudah mempengaruhi
pengundi di Parlimen Besut,"
- Ahmad SaidPengerusi Badan Perhubungan Umno dan Pengerusi BN Terengganu.
Barisan Nasional (BN) Terengganu yakin pembangkang tidak akan dapat menggugat benteng pertahanan parti pemerintah itu di Terengganu berikutan kekuatan dan sokongan padu pemimpin dan anggota BN.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, persiapan rapi jentera parti sejak tahun lepas menyebabkan pembangkang tidak mudah untuk menggugat kemenangan BN.
Beliau yang melawat Bilik Gerakan Umno Bahagian Besut di sini, malam tadi, berkata Besut dianggap sebagai benteng kuat untuk memastikan kemenangan BN di Terengganu pada pilihan raya umum ke-13.
"Dengan kekuatan yang ada pada semua pemimpin dan sokongan padu ahli parti BN Besut, pembangkang tidak akan mudah mempengaruhi pengundi di Parlimen Besut," kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno dan pengerusi BN negeri itu.
Turut hadir semua ketua bahagian Umno Terengganu serta Ketua Wanita, Pemuda dan Puteri negeri.Turut hadir semua ketua bahagian Umno Terengganu serta Ketua Wanita, Pemuda dan Puteri negeri.
Ahmad Said turut berpuas hati dengan pengurusan Umno bahagian Besut yang mempunyai pelbagai kemudahan dan bilik khusus untuk semua portfolio dan berkata ia perlu menjadi contoh untuk bahagian lain di negeri ini.
Terdahulu, Ahmad Said diberi taklimat mengenai persiapan pilihan raya oleh Setiausaha Umno bahagian, Dr A Rahman Mokhtar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri.
Beliau berkata, semua bilik gerakan akan mula beroperasi sepenuhnya akhir bulan ini bagi menghadapi PRU13.
Terdahulu,Menteri Besar itu melawat dan menyampaikan sumbangan kerajaan negeri berjumlah RM10,000 kepada mangsa kebakaran enam deret kedai dan dua rumah kediaman di pekan Alor Lintang.
![]() |
Menteri Besar bertanya kabar mangsa yang terbabit dalam kebakaran |
No comments:
Post a Comment