Thursday, January 10, 2013
SUK - Terima Pandangan Tambah Baik Sistem Perkhidmatan Awam Neger
Kerajaan negeri bersikap terbuka dan sentiasa mengalu-alukan pandangan dan cadangan pelbagai pihak bagi menambah baik sistem perkhidmatan awam negeri, kata Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah.
“Kerajaan negeri sentiasa mengalu-alukan pandangan dan cadangan semua pihak bagi tujuan menambah baik sistem perkhidmatan dan juga pentadbiran negeri.
“Penambahbaikan itu juga seiring dengan perubahan sikap semua penjawat awam negeri ini supaya akhirnya dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat,” katanya.
Mazlan berkata, semua penjawat awam juga harus menanam tekad baru di tahun 2013 yang baru bermula ini untuk membuang sikap yang boleh menjejaskan integriti, nilai dan etika kerja masing-masing.
Katanya, dalam usaha menambahbaik prestasi dan kecemerlangan bidang tugas, semua itu perlu didasari dengan aspek kemanusian yang mampu melengkapi kehidupan dan juga persekitaran walau di mana sahaja menjalankan tugas.
Beliau berkata, bagi mencapai tahap perkhidmatan awam yang bertaraf dunia, semua penjawat awam juga harus menyerapkan diri dengan ciri dinamik dan progresif serta tidak berada di takuk lama.
Sementara itu nisiatif kerajaan negeri menganjurkan anugerah pekerja cemerlang mampu menyuntik semangat penjawat awam untuk terus meningkatkan kualiti, menjaga nilai serta etika kerja bagi memantapkan kerjaya, organisasi serta jabatan di sektor awam.
Terbaru, seramai 15 penjawat awam menerima Anugerah Pekerja Cemerlang Bulanan Wisma Darul Iman (WDI) bagi Oktober hingga Disember yang disampaikan di Majlis Perhimpunan dan Anugerah Pekerja Cemerlang Bulanan Peringkat WDI, di Dewan Besar WDI, pagi semalam.
Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Haji Mazlan Ngah; Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), Datuki Mat Razali Kassim; Pengarah Tanah dan Galian negeri, Datuk Tuan Mamat Tuan Ngah dan Pegawai Kemajuan Negeri Pejabat Pembangunan Persekutuan Terengganu (ICU), Ahmad Shahrom Yasin.
Bagi seorang penerima anugerah, Puan Noraini Che Abas, pembantu tadbir dari Unit Komunikasi Negeri, anugerah itu seumpama hadiah daripada kerajaan yang mencetus motivasi dan keazaman kepadanya dan rakan penjawat awam yang lain supaya sentiasa mematuhi arahan majikan demi kebaikan organisasi..
“Terima kasih kerajaan negeri dan juga majikan saya Pengarah Unit Komunikasi Negeri, Haji Shamsuddin Sulong yang memilih saya pada kali ini.
Penghargaan ini harus dibayar balik dengan melakukan kerja sebaik mungkin sebagaimana digariskan ketua dan majikan saya,” katanya.
Mohamad Shaharizan Chik dari Pejabat Unit Pengurusan Maklumat Negeri, pula menganggap anugerah pekerja cemerlang bagi bulan Disember yang diperolehinya sebagai suntikan moral kepadanya supaya terus menambah baik mutu dan prestasi kerja.
“Sebagaimana rakan yang lain, saya juga merasakan anugerah ini sebagai platform terbaik untuk kita mengukur sejauh mana prestasi kerja kita dan terus melaksanakan tugas dengan penuh integriti.
“Bagaimanapun, apa yang sudah baik haruslah perlu ditambah baik dan diperbaiki supaya imej jabatan kita dipandang tinggi semua pihak. Pada masa yang sama, saranan ketua pentadbiran negeri, Dato’ SUK juga seharusnya menjadi pedoman utama dan dipraktikkan bagi mencapai kecemerlangan,” katanya
Teganukita
No comments:
Post a Comment