Wednesday, January 30, 2013

Hanya BN Mampu Beri Perkhidmatan Terbaik Untuk Rakyat


Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said mengajak rakyat, termasuk imam dan bilal di Terengganu supaya terus menyokong perjuangan kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana jelas pihak itu mampu memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Katanya yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Terengganu, sebagai rakyat yang pernah menerima pelbagai kemudahan dan kebajikan sewajarnya terus setia kepada kerajaan sedia ada.

“Jika tidak berbuat demikian, adakah kita sanggup memilih pembangkang untuk memerintah Terengganu di mana secara realitinya jelas dan gemar mengeluarkan fatwa mengarut sehingga memecahkan hubungan kekeluargaan.

“Saya membuat anologi bahawa beberapa bom yang diletakkan oleh pemimpin Pas kini meletup dan terkena mereka sendiri.

“Bom pertama menjadi kafir jika berpakat atau berikat dengan orang bukan Islam, sepertimana fatwa pemimpin Pas sebelum ini yang dinamakan sebagai kafir berikat,” katanya ketika berucap pada Program Perjumpaan Bersama Imam, Bilal dan Guru Kafa (Kelas al-Quran dan Fardu Ain).

Ahmad Said berkata akhirnya bom itu meledak ke muka mereka sendiri apabila Pas kini bersama dalam pakatan dengan DAP (bukan Islam) dan berbagai lagi, bahkan tindakan DAP menentang Islam menjadikan bom itu meledak lebih kuat lagi.

Katanya, bom kedua Pas ialah dengan mengatakan Umno menjadi kafir kerana mengekalkan perlembagaan penjajah yang diasaskan oleh Lord Reid, sehingga Haji Hadi membuat fatwa menentang Umno itu jihad dan kalau mati adalah syahid, seperti peristiwa di Memali.

“Apabila Pas memerintah beberapa negeri perlembagaan kafir itulah juga yang dikekalkan.

“Bom ketiga yang pemimpin Pas memerangkap Umno dengan mengatakan Umno menentang hukum Allah kerana tidak melaksanakan Hukum Hudud dan jika Pas diberi kuasa akan melaksanakannya sebelum ‘ayam berkokok”.

Teganukita

No comments:

Post a Comment