Friday, January 11, 2013

Ibu Bapa Bawa Anak Sertai KL112 Boleh DiHukum

Ibu bapa yang membawa anak menyertai Perhimpunan Kebangkitan Rakyat (KL112) yang dianjur pembangkang esok boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Kanak-Kanak 2001.

Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Malaysia Datuk Noraini Mohd Hashim berkata ibu bapa atau penjaga dinasihat tidak melibatkan anak-anak di bawah jagaan mereka dalam aktiviti yang boleh mendatangkan kemudaratan seperti menyertai perhimpunan haram.

"Sekiranya gagal berbuat demikian, tindakan boleh diambil mengikut subseksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu denda tidak lebih RM20,000 atau penjara tidak lebih 10 tahun, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan," katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpurt hari ini.

Sehubungan itu, beliau berharap ibu bapa atau penjaga yang bertanggungjawab akan melindungi dan tidak membahayakan nyawa serta keselamatan kanak-kanak supaya kesejahteraan mereka terjamin.

No comments:

Post a Comment