Wednesday, January 30, 2013

Industri Pelancongan Perlu Tumpu Pada Kualiti Daripada Ketibaan Pelancong

Industri pelancongan perlu melihat semula kepada apa yang mahu dicapai dan memberi tumpuan yang lebih kepada kualiti daripada ketibaan pelancong, kata bekas Menteri Pelancongan Tan Sri Sabaruddin Chik.

Beliau berkata berdasarkan kepada perangkaan terkini, meskipun jumlah ketibaan pelancong meningkat dengan banyak sejak bertahun-tahun, kadar penginapan di hotel kekal tidak berubah.

"Kita perlu memberi tumpuan kepada mewujudkan pekerjaan untuk rakyat kita. Ini yang kita perlu beri tumpuan dan bukan hanya angka pelancong tiba," kata beliau pada majlis jamuan teh Persatuan Pelancongan Kuala Lumpur bersempena sambutan Jubli Emasnya di Kuala Lumpur, semalam.

Bekas Pengarah Urusan Malaysia Airlines, Tan Sri Aziz Rahman berkata industri pelancongan perlu memastikan pelancongan yang menikmati pengalaman yang hebat dan terus mengingati kunjungan mereka ke negara ini.

"Industri pelancongan di negara ini juga perlu meningkatkan kemahiran. Kerajaan dan sektor swasta boleh bersama-sama meningkatkannya," kata beliau.

No comments:

Post a Comment