Wednesday, January 16, 2013

Isu Butler-Hodak: T-Team Bincang Selepas Misi Temu ATM

 

Pengurusan  T-Team berharap Ketua Jurulatih pasukan itu, Peter Butler tidak memanjangkan isu mendiang ibunya telah dihina oleh rakan sejawatannya dari Kelantan, Bojan Hodak ketika perlawanan kedua-dua pasukan Sabtu lalu.

Sebaliknya pengurusan T-Team mahu beliau memberi fokus ke atas perlawanan semalam menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang berlangsung malam semalam.

"Saya selaku majikannya mahu mengetahui kes ini terlebih dahulu, saya mahu bersemuka dengannya dan berbincang sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan," kata Pegawai Eksekutif T-Team, Ab Rashid Jusoh kepada Sinar Harian Online.

"Setakat ini, Butler tidak memberitahu saya apa-apa mengenai perkara tersebut dan apa yang penting kita perlu fokus dan konsisten pada perlawanan menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM)," katanya lagi.

Beliau menambah, "saya baru tahu perkara ini melalui akhbar pagi tadi (semalam)." Oleh itu katanya, "saya mahu mengetahui secara terperinci perkara ini terlebih dahulu." Rashid berkata, beliau ada merasai wujudnya sedikit pertengkaran ketika perlawanan Sabtu lalu, tapi tidak menyangka ia melibatkan isu menghina mendiang ibu Butler.

Dalam laporan media tempatan semalam, Butler meluahkan rasa kecewa terhadap Hodak kerana menghina mendiang ibunya ketika perlawanan pusingan kedua Liga Super antara T-Team dengan Kelantan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

Butler, 46, berkata, walaupun Hodak mengeluarkan kata-kata kesat dalam bahasa Crotia, namun dua penolong jurulatinya yang berbangsa Crotia membuatkan Butler tahu maksud kata-kata kesat Hodak

 "Dia boleh berkata apa saja kepada saya dan saya boleh menerimanya, namun tidak ada sesiapapun yang boleh menghina ibu sendiri ataupun ibu orang lain," kata beliau dipetik akhbar tempatan.

Butler mengharapkan Hodak yang juga pengurus Kelantan datang memohon maaf semasa waktu rehat ataupun selepas tamat perlawanan yang berkesudahan T-Team menang 1-0 ke atas Kelantan.

Kelantan menang tiga kejuataan musim lalu. "Sekiranya tiada permohonan maaf daripadanya dalam masa terdekat ini, saya akan membuat aduan kepada FAM.

"Apa yang dilakukannya lebih buruk daripada sikap perkauman yang ditegah oleh Persekutuan Persatuan Bola Sepak Dunia (Fifa) dan saya tidak mahu dia terlepas begitu sahaja," katanya lagi.

Apabila ditanya sama ada pihaknya akan membuat aduan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) jika Hodak enggan meminta maaf dalam waktu terdekat seperti yang dikatakan oleh Butler, Rashid mahu menyiasat perkara iini dengan mendalam.

"Bagi saya, kami harus memberi tumpuan kepada perlawanan terdekat ini, selepas itu baru kami akan membincangkannya," jelasnya lagi.

No comments:

Post a Comment