Monday, January 21, 2013

Kalimah ALLAH - Itu Dia Punya Pasallah...PAS Tidak Mahu Layan Karpal

 "Selain persoalan politik untuk bersama-sama mencapai kemenangan dalam pilihan raya, persoalan yang menyentuh agama, Pas boleh membuat keputusan bersendirian."
 - Datuk Harun Taib

Dewan Ulama Pas menegaskan pendirian Pas berhubung isu penggunaan kalimah Allah tidak perlu dipersoalkan oleh pakatan pembangkang kerana kerjasama yang dijalinkan hanya dalam soal politik dan bukannya agama.

Ketuanya, Datuk Harun Taib menjelaskan, selain persoalan politik untuk bersama-sama mencapai kemenangan dalam pilihan raya, persoalan yang menyentuh agama, Pas boleh membuat keputusan bersendirian.

"Kalau dia (Karpal) nak rayu atau desak juga (supaya Pas kaji semula keputusan Majlis Syura Ulama parti itu), dia punya pasal lah."

Harun menyatakan demikian kepada Utusan Malaysia di Kuala Terengganu semalam mengulas gesaan Pengerusi DAP, Karpal Singh supaya Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengkaji semula keputusan Majlis Syura Ulama parti itu yang berpendirian kalimah Allah hanya untuk umat Islam.

Laporan Teganuku semalam mengenai rayuan Karpal.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula tidak akan tunduk kepada desakan DAP agar beliau mengkaji semula keputusan Majlis Syura Ulama parti itu yang berpendirian kalimah Allah hanya untuk umat Islam.

Setiausaha Politiknya, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar ketika dihubungi semalam berkata, Abdul Hadi akan mempertahankan pendirian itu Majlis Syura itu walaupun jelas bertentangan dengan pendirian pakatan pembangkang.

Ahmad Samsuri menegaskan, beliau yakin dan pasti bahawa Presiden Pas itu tetap dengan pendirian serta keputusan yang telah diambil oleh Majlis Syura Ulama Pas tempoh hari berhubung isu itu.

"Saya pasti, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetap dengan keputusan rasmi yang diputuskan oleh Majlis Syura Ulama parti (Pas).

"Buat masa ini, beliau (Abdul Hadi) tetap dengan keputusan itu (Majlis Syura Ulama). Beliau tidak akan sekali-kali berganjak dengan desakan DAP itu," katanya.

Beliau menyatakan perkara itu bagi pihak Presiden Pas berhubung gesaan Pengerusi DAP, Karpal Singh agar Abdul Hadi mengkaji semula keputusan Majlis Syura Ulama parti itu yang berpendirian kalimah Allah hanya untuk umat Islam.

Semalam, Setiausaha Majlis Syura, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh berkaPas tidak akan menarik balik keputusan Majlis Syura berhubung kalimah ALLAH walaupun Karpal meminta untuk kaji semula.

Katanya, pendirian itu tidak akan berubah seperti yang dijelaskan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang selepas bermesyuarat dengan pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.

Beliau berkata, Majlis Syura telah menetapkan bahawa kalimah ALLAH tidak boleh digunakan dalam Bible versi Bahasa Melayu, dan tidak akan mengkaji semula pendirian tersebut.

No comments:

Post a Comment