Tuesday, January 29, 2013

Kerajaan Bina Flat Mampu Milik Untuk Penduduk Kawasan Sering Banjir

Gambar Fail....Ahmad Said melawat mangsa banjir yang melanda Terengganu, bulan lalu.
Sikap keperihatinan Kerajaan Terengganu terhjadap mangsa banjir, khususnya di Kemaman bukan setakat menghulurkaan bantuan kecemasan, makan dan melakukan lawatan.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said semalam mengumumkan kerajaan negeri akan akan membina beberapa projek perumahan mampu milik terutama jenis flat khas untuk penduduk di kawasan yang sering dilanda banjir.

Katanya,  flat 300 unit itu akan dibangunkan di Seri Bandi bagi menempatkan penduduk Kampung Sungai Emas yang sering dilanda banjir.

"Oleh kerana kita kekurangan tanah dan tapak yang adapun sempit, maka kita terpaksa buat rumah berbentuk flat untuk menempatkan mereka yang sering dilanda banjir di situ," katanya kepada pemberita selepas mengagihkan bantuan khas awal persekolahan dan anugerah kecemerlangan pelajar di Sekolah Menengah Seri Bandi dekat Kemaman, semalam.

Ahmad Said berkata dua lagi projek yang akan dan sedang dibangunkan iaitu di Teluk Kalong melibatkan 500 unit rumah mampu milik, kini sedang dalam pembinaan.

Sebanyak 500 unit lagi rumah mampu milik akan dibina di Padang Kubu. Beliau berkata semua projek perumahan itu akan dibina tahun ini juga bagi menampung keperluan penduduk ketiga-tiga kawasan berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Ahmad berkata beliau telah mengarahkan Jabatan Kerja Raya (JKR) mempercepat usaha membaiki jalan-jalan yang rosak akibat dilanda banjir pada musim tengkujuh baru-baru ini.

"Kita telah keluarkan arahan kepada JKR supaya kontraktor yang terlibat membaikpulih jalan-jalan yang berlubang dan berlopak dibaiki segera bagi mengelak kemalangan," katanya.

Ahmad berkata, setiap tahun kerajaan menyediakan peruntukan bagi membaiki jalan-jalan yang didapati rosak selepas musim tengkujuh.

Pada majlis itu, 1,700 pelajar Sekolah Menengah Seri Bandi, SK Seri Bandi, SK Seri Bandi 2 dan SK Padang Kubu, masing-masing menerima RM100 seorang sebagai bantuan khas awal persekolahan bagi tahun 2013.

No comments:

Post a Comment