Ketua Balai Polis Jertih, Inspektor Zuraidi Semail bersama anggotanya melihat kenderaan yang dirampas. |
Anggota polis Kelantan memegang senjata tajam seperti pedang dipercayai milik
suspek di Kampung Pachakan, pagi kelmarin.
|
Ketua Polis Daerah, Supritendan Kamarudin Mohd. Zakaria berkata, kedua-dua suspek berusia 19 dan 24 tahun ditahan dalam rondaan kira-kira pukul 9 malam.
Anggota forensik sedang menyiasat kereta Proton Waja yang dinaiki suspek yang terbabas selepas melanggar tiang pagar rumah di Kampung Pachakan. |
"Dalam rondaan itu, polis ternampak kelibat beberapa orang lelaki mencurigakan berhampiran sebuah kereta Perodua Kancil di hadapan sebuah rumah.
"Sebaik sahaja dihampiri, kesemua mereka melarikan diri tetapi seorang remaja lelaki dan rakan wanitanya sempat ditahan ketika berada di dalam kereta.
Semakan yang dibuat ke atas kenderaan itu mendapati kereta yang tidak mempunyai nombor pendaftaran tersebut dilaporkan hilang di Binjai, Kota Bharu, Kelantan 13 Disember tahun lalu," katanya semalam.
Menurutnya, kedua-dua mereka ditahan sepasukan polis dari Balai Polis Jertih yang membuat rondaan di tanah rancangan itu dan terserempak dengan sekumpulan lelaki yang dalam keadaan mencurigakan berhampiran sebuah kereta.
“Menyedari kehadiran polis, tiga lelaki itu melarikan diri ke belakang sebuah rumah berhampiran, namun polis berjaya menahan rakan mereka iaitu suspek lelaki tersebut, termasuk wanita yang duduk di kerusi depan bahagian sebelah pemandu,” katanya.
Beliau berkata, suspek lelaki beralamat di Kampung Bukit Tanah, Tembila di Besut dan wanita berkenaan dari Felda Lepar Hilir, Gambang, Pahang ditahan untuk siasatan lanjut berhubung kes kecurian kereta tersebut.
Dalam kes berasingan, dua lelaki terbabit cedera ditembak polis selepas dikejar bermula di Kampung Tanah Merah dekat Tembila kira-kira jam 3.45 pagi kelmarin.
Difahamkan, Unit Kereta Peronda Polis (MPV) mengesan sebuah kereta Proton Waja dinaiki tiga lelaki yang meloloskan diri daripada ditahan polis di Setiu.
Laporan Sinar Harian Online menyebut, Unit kereta MPV Ibu Pejabat Polis Besut itu mengarahkan kenderaan tersebut berhenti, namun pemandunya bertindak memecut ke arah Pasir Putih, Kelantan melalui Kampung Pachakan, Kuala Besut, yang jaraknya kira-kira 10 kilometer dari lokasi awal.
Kereta suspek kemudiannya memasuki sebuah simpang di Kampung Pachakan, Pasir Putih sempadan Besut dan terbabas sebelum melanggar tiang pagar rumah di situ kira-kira jam 4 pagi.
Suspek yang mempunyai senjata tajam itu difahamkan cuba melarikan diri, namun dua daripada mereka berjaya diberkas selepas cedera ditembak polis di bahagian kaki, manakala pemandunya berjaya meloloskan diri.
Sinar Harian difahamkan dua suspek yang cedera itu dihantar ke Hospital Besut sebelum dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan Penahan dua suspek berumur 35 dan 30 tahun dari Kampung Gong Kua dan Gong Serapat, Pasir Putih, Kelantan itu juga dikatakan dapat membantu polis menumpaskan sindiket curi kereta di beberapa negeri termasuk Terengganu.
Kereta tersebut pula dikatakan kereta curi dan menggunakan nombor pendaftaran palsu.
No comments:
Post a Comment