Persatuan Bola Sepak Terengganu (PBSNT) masih berharap dapat menganjurkan perlawanan pada waktu malam menjelang saingan musim ini yang akan bermula minggu depan.
Yang Dipertuanya Datuk Che Mat Jusoh berkata usaha menambah pencahayaan lampu limpah untuk sementara di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS) itu sedang dilakukan oleh Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT).
"FAM beri peluang lagi dalam sehari dua ini. Kalau kita boleh tambah pencahayaan lebih 1,000 lux, mereka boleh lepaskan kita bermain pada waktu malam.
"Sekarang ini MBKT sedang berusaha untuk menambah lampu untuk meningkatkan pencahayaan lampu di SSINS," katanya kepada pemberita, di Kuala Terengganu, semalam.
Terengganu adalah antara negeri yang tidak dibenarkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bermain pada sebelah malam kerana pencahayaan lampu limpahnya tidak mencapai tahap piawaian 1,200 lux.
No comments:
Post a Comment